-

Wednesday 5 December 2012

Yong Tau Foo @ Pasar Malam Bandar Kinrara

Setiap hari selasa ada pasar malam @ Bandar Kinrara, BK 5. Dah lama betul tak ke pasar malam tersebut. Tujuan utama ke pasar malam tersebut ialah untuk membeli Yong Tau Foo. Terus ke gerai Yong Tau Foo. Gerai2 lain kami tak pandang, sebab memang nak beli  Yong Tau Foo sahaja.

Pilih2 mana satu yang berkenan di hati

Sebelah gerai Yong Tau Foo ada gerai minuman. Kedondong Asam Boi dan Air Teh Bunga menjadi pilihan kami.

Hanya ini yang kami bawa pulang dari pasar malam
 
Tengok tuu...betapa malasnya saya. Hanya guna satu pinggan untuk kami makan ber2. Dah la air pun beli. Kemalasan melanda sebenarnya sejak anak2 tak ada kat rumah ni. Jimat masa untuk basuh pinggan mangkuk.

No comments:

Post a Comment