-

Monday 31 December 2012

Keputusan UPKK 2012 telah diumumkan

Keputusan yang diperolehi dari 8 subjek UPKK

Khamis 27/12/2012 keputusan UPKK 2012 telah diumumkan. Bagi S.A.R Al-Misbah Bandar Kinrara keputusan UPKK tersebut boleh diambil jam 3.00 petang. Kebetulan pada hari tersebut saya tak bekerja memandangkan kesihatan yang tidak sihat. Saya cuma berjalan kaki ke sekolah bersama2 along maklumlah sekolah dekat sahaja dari rumah. Jumlah pelajar yang mengambil peperiksaan ini di S.A.R ini seramai 160 orang. Seramai 30++ pelajar dari sekolah ini mendapat 8A. Tahniah buat pelajar2 yang berjaya.

Syukur Alhamudilah along mampu mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Along agak terkilan bila mendapat B dalam subject Sirah. Ini kerana matapelajaran sirah merupakan matapelajaran yang paling diminatinya. Bahasa Arab dan Lughatul  Al-Quran memang dah jangka dah memang susah untuk along dapat A.

Sebagai ibu saya kagum dengan pencapaian along walaupun tidak mendapat semua A. Ini kerana saya & En.H tidak banyak membantu dalam pelajaran sekolah agama sebabnya kami tidak tahu bahasa Arab. Saya & EN.H hanya mampu  membantu  along dalam 5 subjek sahaja  iaitu subjek Amali Solat, Penghayatan Hidup ISlam, Umul Syariah, Sirah, Adab & Akhlak . Bagi subject  Jawi & Khat along sendiri yang banyak berusaha sebab kami pun tergagap2 nak mengeja dalam jawi. Manakala dalam subjek Al-Quran & Lughatul Quran EN.H yang banyak membantu along.

Saya sering memberi semangat dan kata2 dorongan untuk along iaitu untuk mencapai sesuatu kejayaan kita perlu BERUSAHA, DOA dan TAWAKAL. Tahun 2013 akan ada satu lagi peperiksaan bagi pelajar tahun 6 sekolah agama iaitu Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSRA). Ilmu yang dipelajari adalah harta yang tidak ternilai harganya.

No comments:

Post a Comment