-

Friday 28 December 2012

Kasut Sekolah - BATA tetap menjadi pilihan


Kasut sekolah BATA tetap menjadi pilihan along & Mukhriz. Hanya sepasang kasut seorang untuk persekolahan 2013. Ini kerana sebelum cuti akhir tahun lalu masing2 dah beli yang baru. Anak2 sekarang terlalu aktif. Kasut sekolah cepat je kotor. Nak2 kalau musim hujan pastinya tidak cukup jika ada sepasang kasut sahaja.

Maka memadailah 2 pasang kasut seorang. 1 yg baru 1 lagi yang lama(masih elok lagi). 




Kasut2 sekolah @ kedai BATA

Jom sertai peraduan untuk mendapatkan SAMSUNG NOTE 11 dengan setiap pembelian 2 pasang kasut sekolah. Sila masukkan number kod pembelian dan SMS ke 33655. Kod pembelian terdapat pada resit pembelian. Setiap SMS yang dihantar kena charge 50sen. Cuba gak kali peraduan ini. Untuk menang selalunya tipislah. Apa pun tak salah mencuba.

Sepasang seorang kasut sekolah. Setiap pembelian sepasang kasut diberikan kapur kasut. Standard lah tuu promosi back to school. Mana2 brand kasut sekolah pun saya rasa pasti akan dapat kapur kasut.

No comments:

Post a Comment