-

Thursday 13 December 2012

4 hari berulang alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

Jam 10.50 8/12/12 kami mendapat panggilan telefon dari kampung menyatakan abah (bapa mertua) berada di ICU di hospital kerana keadaan kesihatan yang tidak stabil. Hari sabtu kami tak rehat memandangkan menghadiri 2 kenduri. Keadaaan badan yang penat membuatkan kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung selepas subuh. Jam 6.00 pagi pada 9/12/12 kami bergerak ke Kelantan bersama adik-beradik. Akhirnya kami sampai ke kampung halaman jam 3.00 ptg setelah hampir 9 jam perjalanan. Kami singgah ke rumah dulu, membersihkan diri dan solat  sebelum ke hospital. 




Sampai di hospital kami terus ke ICU kerana jam 5.00ptg - 7.00ptg adalah masa melawat. Sayu melihat keadaan abah yang penuh dengan wayar2. Ya Allah lindungilah abah dan permudahkan segala urusan abah. Air mata mengalir tanpa diminta, rasa tidak sanggup melihat keadaaan itu. 

Namun ku gagahi jua memandang keadaan abah yang tidak stabil. Pelbagai dugaan dilalui tahun ini, pulangnya anak yang dikandung masih terbayang2 disanubari. Kini berhadapan dengan abah pula yang sakit.


Berulang alik kami ke hospital selama 4 hari. Namun peluang untuk menziarahi pusara anak (arwah feqah Insyirah) tidak dilupakan.  Kami( saya & En.H) yakin kami mampu lakukan yang terbaik. Hanya dengan pertolonganMu Ya Allah kami lalui semua ini dengan penuh kesabaran.
 

Akhirnya abah dipindahkan dari ICU ke wad 29. Kami tidak boleh lama di kampung kerana kami ada kerja yang pelu diuruskan di KL. Kami berharap abah beransur baik. Kami samapai di KL jam 3 pagi 13/12/2012.

No comments:

Post a Comment