-

Wednesday, 25 April 2012

Bila Siren Ambulan Berbunyi

 
 
Kini, Lebuhraya Bukit Jalil  kerap kedengaran siren ambulan tak kira pagi atau petang. Kesesakan lalulintas dek pembinaan LRT. Jalan semakin kecil dan penuh dgn kon2 dikiri kanan jalan. Apakah perasan anda bila mendengar siren ambulans di tengah2 kesesakan lalulintas?

Sikap prihatin pengguna jalan raya amat dihargai kerana berusaha memberi jalan untuk ambulan tersebut. Bagi saya yang masih kurang cekap memandu, apabila kedengaran siren tersebut saya akan berdebar2.

Pertama disebabkan perlu bertindak bijak memberi laluan. Keduanya saya sentiasa terfikir macam mana ambulan tersebut nak melalui jalan2 sesak untuk menyelamatkan pesakit. Ketiga dihati kan terdetik "permudahkan perjalanan tersebut dan permudahkan segala urusan mereka".

No comments:

Post a Comment