-

Friday, 27 April 2012

Minuman CoolBlog


Logo CoolBlog

Apa itu CoolBlog? CoolBlog merupakan minuman. Kiosk CoolBlog bertemakan warna pink. Feqah suka la kalau tempat2 yang berkonsepkan warna pink ni. Terdapat pelbagai jenis menu seperti Smoothies Blog, Ice Blended Blog, Italian Soda Blog, Yoghurt Blog, Milk Shake Blog, Coffee Blog, Chocolate Blog, Oreo Blog, dll.


Menu CoolBlog
Kebiasaannya anak2 saya membeli CoolBlog ini cawangan Mydin USJ. Saya kerap membeli barang dapur di Mydin USJ. Tak sah kalau tak singgah di kiosk ini. Macam2 perisa anak2 saya cuba. Biasanya 3 perisa menjadi pilihan anak2 setiap kali mengorder CoolBlog ini.

Tambah 60 sen  untuk Black Pearl/ Jelly

CoolBlog ini umpama ice belended. Sila buat pilihan masing2 ya mengikut citarasa tersendiri. Jika nak tambah jelly dan pearl sila kasi tau semasa order. Tambahan tersebut cuma 60 sen sahaja.

Minuman yang siap d seal seperti seal sumi

Penyediaan minuman ini sangat bersih dan kemas. Jelly atau Pearl dimasuk terlebih dahulu didalam bekas. Ais diblend mengikut citarasa pembeli. Kemudian di seal dengan mesin khas.

Straw pun berwarna pink

Seal tersebut seperti seal sumi jelly. Jadi senang diminum dan tak mudah tumpang walaupun menggunakan straw yang besar.

No comments:

Post a Comment