-

Tuesday, 3 April 2012

Ucaplah Alhamdulillah



ALHAMDULILLAH adalah kalimah pujian dari seorang hamba kepada Tuhannya.

Sabtu lepas saya telah ke sebuah kedai buku yang terletak di Tesco Shah Alam. Hampir sejam lebih saya di sana. Kebetulan saya tak bawa anak2 kerana anak2 berada di ofis En.H hari itu. Bolehlah saya meninjau2 dan membuat list untuk buku seterusnya yang bakal menjadi koleksi buku saya. Saya telah membuat pilihan untuk membeli buku yang bertajuk "UCAPLAH ALHAMDULILLAH". Cover buku tersebut tercatat "Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Sesungguhnya banyak nikmat yang telah nikmati. Sesekali kita diuji, terasa berat untuk dipikul. Banyak dugaan yang saya lalui. Kehadiran Feqah banyak mengubah kehidupan saya sekeluarga. Terima kasih YA ALLAH, buat kami menjadi kuat semangat dan makin sujud padaMu. Alhamdulilah, semuanya kami lalui dengan begitu tenang sekali.

Saya membeli di kedai ini.
Nama kedai buku tersebut ialah BOOKS etc. Kedai tersebut di tingkat 1. Banyak buku2 agama yang menarik perhatian. Suasana kedai buku sangat selesa. Dengan alunan muzik  dan susun atur yang menarik membuatkan pengunjung leka bila berada di sana. Sedar tak sedar saya begitu lama di sana.


Bab 9- Bersyukur lebih berat dari Bersabar

No comments:

Post a Comment