-

Tuesday 17 April 2012

I-CITY : 6D Motion Theater, Giant Wheel & Outdoor Rides

Dah sekian lama anak2 nak pergi I-City.  Anak2 tertanya apa yang ada kat I-city. Maka sabtu lepas tertunai kehendak anak2 nak ke sana.

Parking kereta Per Entry ialah RM10.00. Parking Motor Per Entry ialah RM3.00. Sesi melihat lampu2 bermula.

Movie kali ini ialah Alien Safari

Mari menonton 6D Theater Movie
Aktiviti seterusnya ialah menonton 6D Theater Movie. Tiket untuk 6D Theater Movie, dewasa RM12, kanak2 RM8 dan kanak2 bawah 90cm percuma. Untuk mereka yang berkeluarga dapatkan tiket 2 dewasa dan 2 kanak2 cuma RM30 sahaja. 

Anak-anak Ku
 Tiket keluarga nii anda boleh jimat RM10 berbanding beli satu2 tiket. Pastikan anda buat pilihan yang bijak. Memandangkan kami ber5, saya telah mengambil tiket keluarga RM30 dan 1 tiket kanak2, jumlah tiket tersebut ialah RM38.

Tiket kanak2 untuk Outdoor Rides. Setiap 1 games =RM5.

Untuk aktiviti Outdoor Rides, setiap games yang disediakan memerlukan tiket RM5. Sila beli tiket dahulu sebelum beratur untuk Outdoor Rides itu.

 2 tiket diperlukan disini =RM10


Harga tiket untuk Giant Wheel


Untuk Giant Wheel. Tiket RM10 untuk dewasa dan kanak2 RM5. Pastikan ketinggian anak anda. Jika ketinggian anak anda lebih dari 120cm maka anak anada dikenakan tiket RM10. Ini berlaku kepada along walaupun umur 11thn kategori kanak2 tapi ketinggian lebih 120cm maka dikenakan tiket RM10. 

 

Best naik giant wheel sebab dapat tengok pemandangan dari atas. Feqah nampak Giant. Feqah tanya "papa, tu giant umah kita ke papa?". Isk isk Feqah Feqah, Giant tuuu mana2 pun ada, bukan kat rumah kita je ada. Abang2 Feqah duk gelakkan Feqah.

No comments:

Post a Comment