-

Wednesday, 25 April 2012

Jambu dan Air Jambu



Jambu batu atau juga dikenali sebagai jambu biji di Indonesia, merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah Psidium guajava, Linn dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980. 


Kini macam2 nama gerai yang menjual jambu dan air jambu. Saya sangat suka membeli jambu dan air jambu di gerai Jambu Mak Usu 161, di Seksyen 15, Shah Alam. Gerai tersebut berdekatan dengan Hong Leong Bank dan Ambank.


Air jambu bercampur asam  ini dijual dalam cawan dan juga botol. Harga untuk sebotol air jambu ialah RM2.00. Murah dan sedap. Manakala untuk cawan harganya RM1.30. Saya suka memilih botol kerana sangat senang nak minum dan susah nak tumpah berbanding cawan. Nak simpan dalam peti ais pun senang.


Tak sah kalau tak beli jambu potong. 2 keping jambu cuma RM1.00. Sangat ranggup dan asamnya yang sedap membuatkan anda tak cukup 2 keping. Nak2 kalau saya yang kuat makan nii, mana cukup 2 keping kan.  Kalau ke gerai ini, penjual dah kenal sgt kami anak beranak. Sebab tuuu saya sempat snap gerai ini.


Anda juga boleh membeli asam dan buah jambu secara berasingan. Harga sepaket asam ini RM5. Bolehlah beli asam tersebut untuk di makan dengan buah-buahan lain seperti epal, jambu madu dll.


Terdapat juga popia basah dan popia goreng. Popia tersebut pun sedap. Isk isk saya ini, semuanya sedap. Macam mana nak diet. Harga untuk popia goreng dan basah ini ialah 3 = RM2. Cubalah ya kalau singgah di gerai ini.

No comments:

Post a Comment