-

Thursday 20 September 2012

Syawal Dah Habis, Mari Mengira & Menyimpan Duit Raya

Akaun YIPPIE MAYBANK menjadi pilihan untuk akaun anak2 saya

Syawal dah habih. Jom kira duit raya. Duit Raya ini akan disimpan di dalam akuan YIPPIE Maybank. Anak2 saya mempunyai akaun YIPPIE MAYBANK sejak kecil lagi. Saya memilih akuan YIPPIE kerana senang nak transfer duit ke dalam akuan anak2 setiap bulan menggunakan MAYBANK2U. Transfer je berapa yang difikirkan bersesuaian dengan kemampuan yang ada pada bulan tersebut. Sikit2 tranfer dalam akuan anak, lama2 bila update buku akaun berubah juga angka dalam akuan anak.

Dulu, tahun 2001 mana ada lagi MAYBANK2U. Setiap bulan la saya ke MAYBANK, bankin duit along. MAsa tuu MAYBANK dekat dengan ofis. Sambil2 ambil duit gaji, singgah bankin duit along jap. Sejak dah ada MAYBANK2U ni lagi senang urusan. Saya cuma transfer guna MAYBANK2u saya untuk ketiga2 anak setiap bulan.

Akaun YIPPIE MAYBANK arwah Feqah Insyirah
  
Sejak bulan JUN 2012 saya cuma transfer utk 2 anak saya(along & Mukhriz), terasa sayu setiap kali nak tranfer duit ke akaun anak2. Sudah tiada insan kecil yang bernama Feqah Insyirah.

Duit Raya Along & Mukhriz

Setiap tahun habis je bulan syawal saya akan bankin duit raya anak2. Semua duit raya akan dibahagikan sama rata. Jika dulu dibahagi 3. Kini dibahagi 2 sahaja kerana kini cuma tinggal 2 anak sahaja. Duit Raya ini dimasukkan untuk menambahkan lagi jumlah duit yang ada. Dan ketika inilah buku akaun tersebut diupdate untuk melihat jumlah2 yang ditransfer melalui MAYBANK2U. Menyimpan untuk masa depan mereka, walaupun tak banyak tapi yang penting ada juga simpanan.  



19 Sept 2012 (Rabu) saya pun ke Maybank yang berdekatan ofis untuk bankin duit raya ini. Duit Raya anak telah selesai dimasukkan ke dalam akaun along & Mukhriz. Kemudian .......... saya kasi akuan YIPPIE arwah Feqah Insyirah pula untuk update.

Staf Maybank tanya saya "kak, kenapa akak tak bahagi duit raya ni kepada 3 anak akak?  Tak kan anak akak ini tak de duit raya. "

Dengan hati yang sedih saya berkata "dik, Feqah Insyirah sudah tiada didunia ini, sebab tu akak tak masukkan duit raya untuk dia. Akak cuma nak update untuk tahu jumlah yang ada dalam akuan ini sahaja."

Staf Maybank berkata lagi "akak, akak boleh ambil duit anak akak ini sebab akaun ini atas nama akak. Akak, saya tutupkan buku akaun ini ya kak, sebab anak akak pun dah meninggal. Bila anak akak meninggal dan apa sakitnya?"

Dengan mata yang hampir2 menitiskan air mata dan suara sudah sedih. Saya berkata kepada staf Maybank "anak akak 5 thn tiada sakit, arwah Feqah pergi tadika dengan  perasan yang sangat happy pada hari terakhirnya di tadika, bila maghrib arwah sesak nafas dan dlm 20 minit arwah Feqah kembali ke Rahmatullah. Terlalu cepat arwah tiada. Akak tak mahu tutup lagi akaun anak akak ni, tak sampai hati akak nak ambil duit itu lagi. Akak ada plan nak sedekah duit itu kepada anak2 yatim untuk sesi persekolahan tahun depan. Insya Allah, jika sampai masa nanti akak tutup akaun itu."

Sebelum melangkah meninggalkan bank. Saya lihat mata staf maybank juga merah dan dia mencapai tisu sampai mengelap mata dan hidungnya. Mungkin hatinya dia tersentuh dengan arwah Feqah Insyirah. Walau bank itu dekat dgn ofis saya, saya berjalan perlahan2 sambil melayan hati dan perasaan saya terhadap arwah Feqah Insyirah, saya cuba untuk menahan airmata dari mengalir.

No comments:

Post a Comment