-

Tuesday 11 September 2012

Sambutan Hari Raya @ SRA BK5

Jamuan Hari Raya di sekolah Agama SRA BK5

Jamuan Hari Raya di sekolah Agama SRA BK5 diadakan pada 8 september 2012 (sabtu) bermula jam 2.00pm - 5.00 pm. Setiap murid dikehendaki membawa makanan mengikut kelas. 

Biskut dan bihun yang dibawa ke sekolah agama
Along kena bawa kuih atau biskut raya. Along memilih untuk bawa biskut raya kerana kata along "tak nak mama susah2 masak". Bagus2, mama suka kata2 itu. Jadi saya cuma sediakan 2 biskut untuk Along bawa ke sekolah agama. Mukhriz pula kena bawa bihun / mee goreng. Saya memilih untuk goreng bihun 1 paket sahaja. Dan bihun goreng itu dimasukkan didalam bekas ice-cream. Tak payah la nak ambil bekas tu balik. Kalau letak dalam bekas cantik2 kena tunggu smp habis jamuan.

Ramai yang datang ke Majalis tersebut. Khemah dan kelas disediakan untuk menjamu selera.

Jam 2.30 baru kami sampai walaupun sekolah itu dekat dengan rumah. Pergi pun jalan kaki sahaja. Sampai di sekolah dah ramai murid2 dan keluarga masing2. Tahun 2,3,4,6 masing2 bawa air, lemang, rendang, buah-buahan,nasi impit. 


Antara menu2 yang ada

Bila masing2 bawa makanan itu pelbagai warna dapat dilihat untuk menu tersebut walaupun menu yang sama.Saya goreng bihun tak pedas dan nampak warna kicap. Ada setengah buat bihun singapore. Ada setengah tu buat bihun yang dari jauh nampak cili2. Walaupun pelbagai warna, rasanya sedap. Tambah2 lagi bila makan ramai2. Begitu juga bila tengok warna rendang. Potongan nasi impit dan  lemang pun pelbagai saiz. Yang sama ialah air strawbery dan oren sebabnya setiap murid2 tahun 4 dikehendaki membawa air gas strwabery dan orange.

Mukhriz & kawan-kawannya

Jamuan ini dapat mengeratkan silalaturahim antara ibubapa dengan murid2. Selalunya kita cuma kenal kawan2 anak kita tapi kita tak kenal ibubapa mereka. Dengan majlis begini dapatlah bersembang2 dengan ibubapa anak2 kita.

Along berbaju melayu biru dan Mukhriz berbaju melayu kuning. Ini bukan baju raya tahun ini sebabnya tahun ini mereka ber2 berjubah coklat dihari raya.

Masing2 mencari tempat yang sesuai untuk lepak2 dan makan2 dengan kekwn. Yng duk bawah speaker tuu tak sakit telinga ke dengar lagu raya. Setiap orang ada citarasa tersendiri.

Saya tak lama berada disini sebabnya saya ada 4 jemputan yang perlu ditunaikan hari itu. Jam 3.30 saya ajak anak2 balik tukar baju melayu ke baju biasa. Aktiviti seterusnya BANGI(seksyen3)- KINRARA (jiran belakang rumah) - Shah Alam(open house rumah sedara)- Saujana Utama(rumah kakak sulung Sg.Buluh).

No comments:

Post a Comment