-

Tuesday 18 September 2012

KL - KB - KL (12 Sept - 16 Sept)

Guna tayar spare dulu sebelum ke kedai tayar ini.

12 Sept 2012 ( Rabu) saya pulang ke Kampung atas urusan bapa mertua di masukkan ke Hospital Kota Bharu akibat sakit di dalam perut. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke Kelantan melalui Grik, Perak. Tanpa diduga semasa singgah di RnR Simpang Pulai, tayar kereta sebelah kanan pecah.

Maka sesi menukar tayar pecah dengan tayar spare pun dilakukan. Ketika itu juga tetiba EN.H demam. Kebetulan adik saya juga pulang bersama saya. Dialah yang menguruskan tayar tersebut. Setelah selesai menukar tayar kami mengambil keputusan untuk exit Simpang Pulai untuk mencari kedai tayar. Alhamdulilah segala urusan dipermudahkan.

Bab2 makan ini kasi Along dulu.

Singgah sebentar di Petronas untuk membeli Panadol dan Minyak Angin. Nampak lak karipap goreng yang saiznya agak besar dan harganya cuma RM1.30. Ambil 5 biji, sorang satu. Along apa lagi pantang tgk makanan. Masuk je kereta terus dingapnya karipap itu.



Singgah sebentar di Kedai @ Cameron Highland

Dari Simpang Pulai kami melalui Cameron Highland untuk menuju ke Gua Musang. Keadaan En.H yang demam merisaukan kami. Kami singgah sebentar di Kedai Cenderamata Meiko yang terdapat di jalan Cameron Highland. Hanya saya, Along dan Mukhriz je yang masuk ke kedai tersebut. Pabila melihat cenderamata yang ada dikedai tersebut teringat kepada Arwah Feqah Insyirah. Sememangnya kalau di Cameron memang banyak cenderamata yang bertema Starwbery Shortcake iaitu karakter karton yang  diminati oleh kanak2 perempuan. Mukhriz dan Along siap cakap lagi "mama, mama, kalau Feqah ada mesti dia belikan benda2 ini kan mama". Tersentuh hati bila mendengar kata2 Along dan Mukhriz.  Kami sekadar membeli ice cream strawbery dan Asam Strawbery sahaja. Setiap kali ke Cameron kami suka ice cream ini sebab rasanya sangat sedap. 
 
Perjalanan kami untuk pulang ke kampunng kali ini mengambil masa 12jam akibat perkara2 yang tak diduga. Alhamdulilah selamat sampai di Kampung dan dapat menjenguk abah yang sakit. Satu Perjalanan yang lama.
 

Selama 5 hari di kampung. 16 Sept 2012 (ahad) kami bertolak ke KL jam 3.15 petang. Kami sampai di KL jam 11.15 malam. 8 jam sahaja perjalanan kali ini. 

No comments:

Post a Comment