-

Thursday 6 September 2012

Johor Premium Outlet


Boleh sewa untuk anak2. Senang nak shopping / terapi mata & minda
Johor Premium Outlet atau JPO dikenali kerana menjual barangan branded. Bagi mereka yang gemarkan shopping bolehlah datang disini. Sila buat pilihan jika anda rasa ia berpatutan untuk anda. Jika anda rasa tidak patut dibeli bolehlah cuci mata di sini.

Alang2 dah sampai di Johor. Maka singgah sekejap di sini. Ini pun pada 15 July(ahad) lalu. Cerita pun dah basi dah. Mengambil masa 4 jam iaitu dr jam 4.00 petang -8.00 mlm. 4 jam tu termasuk lepak2, makan2, shopping2 dan solat. Selesai sesi tinjau2 di JPO ni, kami terus je airport senai. Flight untuk ke KL jam 11.00 mlm. Masih awal ketika di airport. Tujuan kami awal berada di airport kerana Along ada homework yang perlu disiapkan, maklum la esok 16 July(isin) sekolah. Maka kami memilih sudut yang agak bersesuaian untuk Along buat homework.

Terlaksanalah janji2 saya terhadap anak2 untuk bawa mereka ke Universal Studio Singapore & Maritime Museum (14 July 2012 - sabtu) dan Johor Premium Outlet (15 July 2012-ahad). Perancangan ke Singapore & Johor dibuat since april 2012 lagi, perancangan cuti ni untuk hari lahir ke 5 thn anak kecil yang bernama arwah Feqah Insyirah. Walaupun anak kecil ini sudah tiada di dunia tika itu namun janji terhadap Along dan Mukhriz tetap ditunaikan. 


Jamu selera @ Food Court

Ada taman permainan. Boleh layan anak2 disini


Masa duk tunggu Mukhriz main @ taman permaian. Along tetiba hilang. Rupa-rupanya gi beli Crepe2u. Along nii kuat betul makan. Baru je makan chicken chop tadi.

Mukhriz yang dah penat teman kami  shopping / terapi mata & minda. Beli sikit sahaja.

Along menyiapkan Homework @ airport Senai.

No comments:

Post a Comment