-

Wednesday 23 April 2014

Wordless WednesdaY - Mukhriz Demam


Balik sekolah semalam Mukhriz start demam. Malam terpaksa berjaga dek kerana badannya yang panas. Pukul 4.00 pagi mengigil2 kesejukan. Cuak dan berdebar2 hati saya. Tambah-tambah lagi bila papanya tiada di rumah. 

Along menjadi peneman dan penguat semangat saya ketika itu. Terpaksa bawa dia hantar Along ke sekolah kerana Along ada koko hari ni. Nak tinggal kat rumah sorang2 tak berani pula. Melepek tidur dalam kereta. Balik terus melepek tidur depan TV. Dah bagi makan ubat , harap2 demam tak berlanjutan. Risau saya takut jadi macam tahun lalu terpaksa terlantar di hospital 6 hari.

No comments:

Post a Comment