-

Sunday 6 April 2014

Gua Gomantong




Gua Gomantong terletak di daerah Sukau. Perjalanan dari Bandar Sandakan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai di gua ini. Kami dari Sandakan ke Sepilok(30-45minit). Dari Sepilok ke  Labuk Bay(20-30 minit). Dari Labuk Bay ke Gua Gomantong(60-70minit). Untuk sampai di Gua ini kami melalui kawasan kelapa sawit.

Kami singgah lunch sebelum sampai di Gua Gomantong kerana kami kelaparan. Selepas mengunjungi Gua Gomantong, kami akan ke destinasi terakhir untuk menamatkan hari ke 2 kami di Sandakan.

Gamontong adalah sebuah bukit batu kapur yang terbesar di Sabah. Di kenali sebagai Gua Gamontong kerana terdapat 27 gua2 kecil batu kapur yang didiami oleh burung layang-layang. Sarang burung layang-layang mahal harganya. Sarang ini terdapat di tempat yang tinggi dan sukar untuk untuk mendapatkan sarang tersebut. Sarang burung layang-layang yang perbuat dari air liur burung lebih berharga nilainya.

Pengunjung hanya boleh memasuki kawasan Simud Hitam sahaja. Pengumpul sarang burung ini sanggup menggadaikan nyawa dengan memanjat sehingga ke bumbung gua menggunakan hanya tangga rotan & tali.
 
Tiket Masuk ke Gua Gomantong. Dewasa RM5. Kanak-kanak RM2.
Along, Mukhriz & Travel Agent (Arthur)
Jom kita meredah hutan untuk ke Gua Gomantong.

5-10 minit untuk sampai di Gua ini.

Jom kita masuk ke dalam gua.

Disini terdapat pondok pengawal.

Comel je sarang burung layang-layang ini. Ini sarang burung biasa. Sarang burung yang diperbuat dari air liur burung berwarna putih yang mahal dan terdapat yang tinggi.
Banyak lipas.

Jumpa lipan

Tali yg digunakan untuk meletakkan tangga untuk memanjat mengambil sarang burung.

View Gua Gomantong

Pencahayaan Gua Gomantong

Tali & tangga ini digunakan untuk mengambil sarang burung

Along & Mukhriz kepenatan.

No comments:

Post a Comment