-

Friday 18 April 2014

Nasi Kerabu dan Laksam

Nasi Kerabu + ayam percik
 
Pagi tadi tengah duk fikir-fikir apa lah nak masak untuk lunch hari ni. Duk buka tutup peti ais cari bahan nak masak. Sekali En.H kata "jom kita gi makan nasi kerabu nak?". Saya apa lagi "yes, yes tak payah nak masak untuk lunch hari ni".

Jam 10.00 pagi kami ke food court @ BK 4. Saya order Nasi Kerabu + ayam percik + teh tarik. Yum yum. Makan ni merangkap lunch terus memang beginilah hari-hari. Sejak tak kerja ni saya skip makan untuk breakfast sebab takut badan semakin debab. Along pun tak breakfast sebab nak diet katanya walaupun bila makan hilang perkataan diet.
 
Nasi Kerabu + ayam bakar


En.H pula order nasi kerabu + ayam bakar + teh ais. Tak boleh lama2 makan sebab kul 10.45 kena ambil Mukhriz balik sekolah agama dan En.H mahu ke ofis.


Laksam

Along memang dah tak nak ikut kalau kami keluar dekat-dekat dan kejap. Telefon Along tanya dia nak makan apa? Katanya nak laksam. Jadi saya tapau laksam untuk Along & Mukhriz. Ingatkan dah tak payah masak dah untuk lunch. Sekali jam 12.00 tengahari, Along kata "Mama, lapar.....boleh tak mama masakkan nasi goreng + ayam goreng". Emmmm...sabar je la. Ingatkan diet rupa-rupanya tidak, mana tahan Along makan laksam je. Terpaksa la masak juga untuk tunaikan permintaan Along. Anak oh anak.

No comments:

Post a Comment