-

Wednesday 2 April 2014

Pasar Umum Sandakan

Pasar Umum Sandakan


Kami singgah di Pasar Umum Sandakan setelah berkunjung ke Taman Peringatan SandakanAgnes Keith House. Jam menunjukkan pukul 5.35 petang, dah banyak gerai yang tutup. Tujuan ke sini adalah untuk membeli souvenir & Fridge Magnet. Kedai souvenir terdapat di tingkat 2. Lif juga disediakan di sini.

Saya dan Along sahaja ke Pasar ini kerana Along nak pilih sendiri souvenir untuk kawan2nya, manakala Mukhriz pula pesan “Along nanti beli untuk Mukhriz sama macam Along”. Agak kecewa kerana tidak dapat membeli fridge magnet disini kerana fridge magnet yang ada tidak menarik perhatian saya untuk membelinya.

Mukhriz dan En.H menikmati keindahan laut berhampiran pasar tersebut. Pasar ini juga berdekatan dengan Sandakan Harbour. Travel agent hanya menunggu kami didalam kereta kerana kami beritahunya yang kami hanya mahu singgah sebentar sahaja. Bukan mahu shopping. Pada mulanya, dia macam tak percaya juga tapi terkejut juga dia hanya sebentar sahaja kami berada di sana.

Barangan di Pasar Umum Sandakan agak mahal sedikit berbanding Pasar Filipino Kota Kinabalu. Di tingkat 1 terdapat jualan barangan kering, barang basah, sayur & buah-buahan. Saya hanya membeli ikan bilis & udang kering disini.


Souviner Sandakan. Memula beli 6 Keychain= RM10. Singgah kedai lain beli lagi dapat 7 keychain = RM10. Inilah souvenir yang dibeli oleh anak2 untuk diberikan kepada kawan2.

Aksesori pun ada disini.

Hasil Laut

Berdekatan dengan laut. Dikenali Waterfront Sandakan.

Leka Mukhriz melihat bot2 disini sambil menunggu mamanya ke pasar.
Perkhidmatan bas yg disedikan disini.

1 comment:

  1. Nice town Sandakan. Spent about a month there and liked how nearby there were so many natural wonders and wildlife to see. http://seaviewsandakan.com/sandakan-city-sabah-borneo/

    ReplyDelete