-

Wednesday 9 April 2014

Menyusuri Sungai Kinabatangan

Menyusuri sungai Kinabatangan memberi satu pengalaman menarik kerana kita dapat melihat kehidupan semula jadi hidupan liar & tumbuhan2.Kinabatangan berasal dari perkataan Kina (Cina) dan Batangan (sungai besar).  Sungai Kinabatangan adalah sungai kedua terpanjang di Malaysia


Perjalanan dari bandar Sandakan ke Sungai Kinabatangan mengambil masa 2 jam. Memandangkan kami banyak persinggahan seperti Sepilok, Labuk Bay, Gua Gamantong dan akhirnya ke Sungai  Kinabatangan, perjalanan kami mengambil masa 2.5 jam. 

6 orang sahaja dlm bot yang kami naiki iatu terdiri dari kami ber4 , boat man  dan travel agent Hampir 2 jam setengah kami menyusuri sungai Kinabatangan. Satu pengalaman yang menarik bagi kami.

Terdapat banyak spesies burung yang kelihatan. Agak sukar mengambil gambar kerana burung tersebut cepat je terbang. Tidak dapat mengambil gambar pelbagai jenis monyet & probocis dengan jelas kerana hidupan ini berada di tempat tinggi di hujung pokok2 maklumlah kamera kami tidak canggih. 
 
Semasa berada di sepanjang Sungai Kinabatangan, kelihatan 8 bot membawa penumpang untuk menyusuri sungai Kinabatangan melihat keindahan flora & fauna.
Burung layang-layang berterbangan
Sarang burung layang-layang terdapat di gua yang berhampiran sungai


View @ Sungai Kinabatangan
waBot-bot yang membawa penumpang menyusuri Sungai Kinabatangan
View @ Sungai Kinabatangan


Bergambar berlatar belakangkan pygmy elephant
 
pygmy elephant

Hampir 2.5 jam kami menyusuri Sungai Kinabatangan

Mentari Terbenam

Pengalaman yang menarik buat kami. Sempat bergambar dengan boat man.

No comments:

Post a Comment