-

Monday 28 April 2014

Weekend @ Pesta Buku Antarabangsa, PWTC


Pesta Buku AntaraBangsa Kuala Lumpur telah bermula pada 24 April 2014 (Khamis) dan akan berakhir pada 4 Mei 2014(Ahad). Selepas meronda2 di pameran Smartkids, kami singgah di Pesta Buku ini. Ramai betul pengunjungnya. 



Saya sempat membeli beberapa buku untuk diri sendiri. Adik saya membeli beberapa buah majalah. Dan Mukhriz tak habis-habis nak beli majalah bola, Mukhriz pantang tengok majalah bola, pasti nak. Piala dunia 2014 tak lama lagi, maka majalah ini menjadi pilihan Mukhriz. Harga asal RM15.90 tapi di Pesta Buku cuma berharga RM13.90.



Setelah membeli majalah ini Mukhriz diberikan 1 goodies bag. Dan yang menariknya dapat 1 sampul surat yang mengandungi 2 tiket dewasa ke ***. Menarik sebab kami belum lagi ke sana. Memandangkan kami sekeluarga ada 4 orang, saya beli satu lagi majalan Piala Dunia ini dan dapat 2 tiket lagi. Dah jimat bab tiket tapi hotel kena tempah sendiri. Harap2 dapat ke sana cuti sekolah tak lama lagi.

No comments:

Post a Comment