-

Monday 30 June 2014

Al-Fatihah buat Abah

google image

24 Jun 2014(selasa), abah(bapa mertua) telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.15 tengahari. Hampir 2 tahun lebih Abah berulang alik ke hospital setelah disahkan menghidap kanser pundi kencing. Macam-macam usaha dilakukan, tubik sana tubik sini, buang buah pinggang dll. Kesian tengok keadaan abah.

Sepanjang abah sakit kami memang sering pulang ke kampung melihat keadaannya. Sejak 3 bulan yang lalu keadaan abah agak tidak stabil. Setiap minggu En.H pulang ke kampung menjaga abahnya dan hanya sekali saya menemani abah kerana En.H tidak dapat pulang ke kampung dek kerana kerja. 

Bila tiba cuti sekolah(bln3 & bln6) kami sekeluarga pulang lama ke kampung halaman. Tiada ralat dihati ketika kami diberitahu "abah telah kembali ke rahmatullah selasa lepas melalui telefon". Ini kerana kami telah lakukan yang terbaik sepanjang sakitnya dan kami Redha. Kami tidak sanggup melihat kesakitannya.


Pada selasa pagi, saya telah book tiket flight untuk pulang ke kampung pada hari khamis malam(26 Jun 2014) untuk berjumpa abah dan untuk menyambut Ramadhan bersama abah. Itu pun saya beli one way sahaja iaitu dari Subang ke KB kerana tiket bila beli last2 minute memang mahal harganya dan kami akan beli tiket pulang bila melihat macamana keadaan abah nanti. TETAPI impian untuk menyambut Ramadhan bersama abah tidak kesampaian.

Pada selasa tengahari, jam 1.25 tengahari, saya mendapat call yang Abah telah kembali ke Rahmatullah. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami untuk pulang ke kampung. Terus bincang dengan En.H sama ada nak balik dgn kereta ataupun dengan flight. Akhirnya kami membuat keputusan untuk pulang dgn flight kerana jika pulang dengan kereta akan mengambil masa 7-8 jam perjalanan. 



Terus saya on laptop dan mencari tiket flight. Last minute cari tiket flight memang mendebarkan.Tiket hanya boleh dibook  4 jam sebelum penerbangan. Semua penerbangan saya tengok MAS, Fireflyz, Malindo & Airasia. 

Tiket yang paling awal ialah 5.40 petang. Akhirnya kami book Malindo. Alhamdulillah, berjaya book tiket. Bila dah book tiket terus call adik2 En.H untuk tanya mereka, mereka dapat tak beli tiket. Alhamdulillah mereka juga dpt beli tiket yang sama dengan kami. Maka kami adik-beradik beramai2 pulang ke kampung dengan penerbangan Malindo.

Seterusnya saya ke sekolah kebangsaan untuk ambil Mukhriz dan ke sekolah menengah untuk ambil Along. Sementara itu En.H sempat settlekan gaji stafnya sebelum pulang ke kampung kerana kami memang akan pulang lama kali ini.

Settle ambil anak2, saya pulang ke rumah dan En.H juga baru sampai dari ofisnya. Terus packing barang kerana kami sudah janji dengan teksi jam 4.00 petang untuk ambil kami di depan rumah. Alhamdullilah, segalanya dipermudahkan. Flight ontime dan sampai di airport KB, kawan En.H datang ambil kami. Terima Kasih Ya Allah atas pertolonganMU.

google image

Tenang melihat wajah abah. Bacaan Yassin dibaca buat abah. Alhamdulillah anak2 juga membaca Yassin untuk atuknya. Lepas Isyak abah dimandikan. Along tidak melepaskan peluang untuk turut memandikan abah. Syukur padaMu Ya Allah kerana memberi peluang kepada anakku untuk memandikan atuknya bersama papanya & pakcik-pakciknya yang lain.

Jam 10.00 malam, abah dikebumikan dengan keadaan yang tenang sekali. Kenangan disaat kematian arwah Feqah terlintas di fikiran saya. Semasa di perkuburan, saya memegang erat tangan Along sampai berkata "Along, bila mama & papa dah tua, dah sakit dan meninggal nanti, Along kena buat macam mana papa buat untuk abah dan arwah Feqah. Along memegang erat tangan saya sambil melihat atuknya dimasukkan ke liang lahad dan En.H berserta 2 orang lain mengusung abah. Ya Allah...terima kasih Ya Allah.

Mukhriz tak ikut kerana Mukhriz sebak mengenang abah dan arwah adiknya Feqah Insyirah. Ini kerana arwah Feqah Insyirah juga dikebumikan after isyak. Saya kena kuat demi suami dan anak2. Pusara abah berdekatan dengan pusara arwah Feqah Insyirah. 


Sabtu malam(28 Jun 2014) dengan penerbangan akhir malindo saya dan anak2 sampai di KL. Manakala En.H masih di kampung menemani ibunya. Al-fatihah buat abah. Hari ini genap seminggu abah(bapa mertua) kembali ke Rahmatullah.

No comments:

Post a Comment