-

Monday 7 July 2014

Bersabarlah Adikku, Allah lebih menyayanginya


Takziah buat adikku yang bernama Fatihah diatas kepulangan suamimu ke Rahmatullah pada3/7/2014(Khamis) jam 6.45 petang. Jenazah dikebumikan pada 4/7/2014(Jumaat). Duhai adikku, bersabarlah. Perancangan Allah terlalu indah, dah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.





Perasaan sedih dan syahdu pasti akan wujud. Menangislah dik untuk meluahkan perasaan. Menangis bukan bermakna kita sedih dengan apa berlaku TETAPI dengan menangis kita akan merasakan betapa bertuahnya kita dipilih untuk melalui dugaan yang diberikan. Tidak semua orang mampu menghadapi dengan ketenangan. Kakakmu yakin, dirimu mampu tempuhi segala-galanya. 

Usah bimbang dik. Dirimu mempunyai kerjaya dalam bidang pendidikan untuk menyara kehidupan anakmu kelak. Kita masih ada mak dan ayah yang akan menjagamu dan anakmu. Dan masih ada adik-beradik yang pasti akan membantumu.  Dik, sentiasalah ingat pada Allah, Allah akan semakin dekat dengan kita jika kita ingat padaNYA dan Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.




Kuatkan semangatmu dik, demi anakmu Rayyan. Anakmu amat memerlukan perhatian mu dik. Al-Fatihah buat suamimu dik. Allah lebih menyayanginya. 

2 tahun lepas kakak mu ini di uji dengan kembalinya Arwah Feqah Insyirah ke Rahmatullah dengan hanya mengadu sakit dada dan menghembuskan nafas dengan begitu tenang sekali. Kini dirimu pula diuji dengan kembalinya suamimu ke Rahmatullah.

Sama-samalah kita melalui perasaan yang tidak dapat digambarkan dan diluahkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang melaluinya akan tahu perasaan itu dan pasti air mata akan mengalir tanpa diminta disaat kita kerinduan. Ingatlah dik, Allah menguji umatnya mengikut kemampuan umatnya. Tempuhilah dengan kesabaran dan keRedhaan moga kita tenang menempuh dugaan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment