-

Tuesday 17 June 2014

Cuti sekolah yang lepas, kami balik kampung




Cuti  sekolah yang lalu, kami balik kampung selama 5D4N. Balik kampung kali ini memang penat kerana terpaksa berulang alik ke hospital dek kerana Abah/bapa mertua dimasukkan ke hospital KB. Abah diwadkan di Wad Bendahara yang terletak di tingkat 4.


Tiap-tiap hari kami akan ke hospital melawat Abah. En.H tidak melepaskan peluang untuk bermalam di hospital menjaga Abahnya. Bukan kami saya yang pulang, adik beradik saya dan adik beradik En.H ramai juga pulang semepena cuti sekolah. Seronoklah Along & Mukhriz.


Cuaca di Kelantan terasa bahangnya, suhunya mencecah 42 darjah. Sempat ke Renaissance Kota Bharu merehatkan badan.



Mukhriz yang seronok main kolam. Suruh naik pun kata "jap, jap". Bukan selalu balik kampung duk hotel.




Kami ke Pantai Cinta Berahi(PCB) setelah anak2 kelaparan main kolam. Kami order 3 maggi ketam nipah. Order jangan tak order, masa order tak tengok harganya. Masa bayar mak aiiiii, mahalnya. Semangkuk maggi ketam ini ialah RM40. Tang manggi ketam je dah RM120(RM40X3). Belum bil-bil lain. Memang tahu ketam ni memang mahal tak sangka rega RM40 semangkuk, ingatkan dalam RM25-30 sahaja.



Inilah rupa maggi ketam nipah itu.  Terdapat udang, sotong dan telur dimasukkan dalam maggi ketam ini.




Kami diberikan tukul ini. Terkejut jugak kami untuk apa. Maklumlah first time makan ketam ini.



Kulitnya keras rupanya. Time makan tu kelentang kelentung 2 beradik ni mengerjakan ketam2 itu.

 

Selain maggi kami order ikan celup tepung dan colek bebola. Sedapnya. Minuman yang diorder ialah fresh orange dan air kelapa. Kekenyangan kami. Bila bayar, cecah RM200. 


Inilah keadaaan bila balik kampung, anak2 main dan main dengan sepupu saya. Rumah saya dekat dengan rumah nenek. Bila cuti sekolah ramai cucu nenek saya balik kampung. Jadi anak2 saya seronoklah ada geng ramai. Boleh main bola, badminton, mancing dll. Sebab tu, asal cuti sekolah hujung tahun anak saya request nak duk kampung.




Saya 8 beradik, kebetulan balik kali ini. Adik2 saya pun balik kampung. Seronok makan ramai-ramai. Bukak tikar, hidang makanan dan makan ramai2. Meriah suasana dibuatnya. Pepagi macam2 request, nak makan nasi kerabu lah, nasi berlauk lah, nasi daganglah. Dan semestinya beli kuih akok.



Bila balik kampung request sup tulang rusuk. Memang sedaplah masakan mak. Bila time basuh pinggang masing2 ngelat. Last2 adik bongsu yang kena basuh. Muncung je sebab asal balik ramai2 dia yang banyak kena. Masing2 kata susah anak kecil. Yang saya anak besar pun ngelat juga, dengan alasan "bukan sokmo pun balik, time nilah nak rehat2".



Bila time cuti sekolah, mesti ada kenduri kahwin. Malasnya nak gi kenduri dah la cuaca panas, jalan jem lak sebab ramai perantau2 balik ke kampung. Sedara dekat2 je kami pergi. Ini kenduri sepupu saya. Dah petang baru kami sampai disini. Anak2 awal2 dah sampai sebab ikut adik2 saya.



Sebelum balik ke KL. Beli serunding ayam, ikan dan daging untuk bekal bulan posa. Inilah serunding yang dibeli untuk kami 4 beradik untuk dibawa pulang.

No comments:

Post a Comment