-

Wednesday 19 March 2014

Wordless WednesdaY - KFC Zinger Reloaded




Hari ni tiada bekalan air dek kerana catuan bekalan air. Tetiba teringat pula nak makan KFC. Teringin atau malas masak? Jwpnya dua2 sekali. Kebetulan En.H sms “balik lambat dan dah kenyang”. Wink wink, ada alasan untuk kuar tapau KFC ni. Apalagi minta izin untuk ke KFC @ Giant Kinrara. 

Order 2 set KFC Zinger Reloaded versi hotbox untuk anak2 (KFC Zinger Reloaded + Soft Drink + 1 ayam + 4 pcs kentang  = RM 11.85 perset), manakala untuk saya 1 set kombo KFC Zinger Reloaded (KFC Zinger Reloaded + Soft Drink + 4 pcs kentang + tiada ayam = RM9.95). Tengah tungguh anak pulang dari sekolah. Jap lagi boleh makan sama2 sebelum hantar Along ke Tuition dan hantar Mukhriz mengaji Al-Quran.

No comments:

Post a Comment