-

Sunday 23 March 2014

3D2N Ke Negeri Di Bawah Bayu

 Cuti Sekolah ke Sandakan

Cuti sekolah Mac tahun ini, saya & family terbang ke Sandakan, Sabah. 23 Mac 2014(Ahad) jam 9.40 pagi kami akan berlepas ke Sandakan. Dan pada 25 Mac 2014(Selasa), kami akan pulang dari Sandakan jam 12.55 tengahari  dan akan sampai di KL jam 3.35 petang.


Tiket telah dibook pada 14 Feb 2014 yang lalu.Perjalanan ke Sandakan mengambil masa 2 jam 40 minit.Sandakan dipilih menjadi tempat percutian kali ini kerana ingin melihat keindahan alam flora & fauna.

Tiket dibook menggunakan website Airasia.com. Manakala hotel saya book melalui Airasiago.com.
 Pakej ke Sandakan - Borneo Sandakan Tours

Untuk jalan-jalan di Sandakan, saya menggunakan travel agent iaitu BorneoSandakan.com. Tempahan pakej ini saya buat masa Matta Fair yang diadakan di PWTC jumaat lepas, 14 Mac 2014.

No comments:

Post a Comment