-

Friday 14 March 2014

Suka Tangguh Tangguh

Last Day ambil duit bantuan khas persekolahan RM100

Hari ini merupakan hari terakhir kena ambil duit bantuan khas persekolahan RM100 di sekolah. Masa hari pembahagian duit pada 20.01.2014 dan 21.01.2014, tak dapat nak pergi kerana En.H tidak ada urusan yang perlu diselesaikan. Hal-hal sekolah kebiasaannya En.H yang urusankan kerana cutinya lebih banyak dari saya. Sian Mukhriz dan Along tak dapat balik awal kerana sesapa yang ibubapa tak datang ambil duit TIDAK DIBENARKAN pulang awal.




Walaupun dah 2 minggu tak kerja tapi masih juga tak pegi-pegi ambil. Nak jugak ambil last minute. Maka jam 10.30 pagi tadi saya pun ke sekolah kebangsaan Mukhriz untuk ambil duit tersebut. RM100 sudah dapat, boleh digunakan untuk bayaran untuk pertukaran tali pinggang KARATE bulan May nanti. 

Selesai ambil duit di sekolah kebangsaan. Saya ambil Mukhriz di sekolah Agama. Mukhriz tanya saya "Mama dari mana? kenapa datang dengan kereta?". Kebiasaaannya saya cuma berjalan kaki je untuk ambil Mukhriz dari sekolah agama. Saya menjawab "mama pergi ambil duit RM100 kat sekolah kebangsaan".

Tetiba Mukhriz menjawab "ooooooo.....jadinya Mukhriz tak ke sekolah kebangsaaan lah petang ni sebab dulu Mukhriz tak boleh balik awal sebab papa dan mama tak datang ambil duit tuu". Opsssss....Apakah tandanya tuuuuu???Ermmmmm..mencari alasan untuk tidak ke sekolah petang ini.

Kebetulan Mukhriz dengar saya call teksi dan mahu teksi datang lepas jumaat untuk hantar ke LRT. Mukhriz tanya saya lagi "mama nak gi mana dengan teksi? kenapa mama tak bawa je kereta ke LRT?". Saya menjawap "mama ada hal kat KL, lepas jumaat teksi datang ambil mama. Mama malas nak parking kat LRT sebab sekarang kat LRT Bukit Jalil ada Event, mama kena parking jauh. Sian mama jalan jauh2". Tetiba Mukhriz menjawab "Kalau cam tuu biarlah Mukhriz teman mama". Ermmmmmmm.......mencari alasan lagi untuk tidak ke sekolah petang ini. 

Setelah bincang2 dengan En.H, Mukhriz dibenarkan untuk tidak ke sekolah hari ini dan ikut saya ke KL. Jam 2.45 petang saya dah janji dengan teksi untuk hantarkan saya ke LRT Sri Petaling. Tak pasal-pasal Mukhriz dapat cuti hari ini. Kan kalau disuruh pergi sekolah pasti muncung sepanjang nak gi sekolah petang. Sabar je la.

No comments:

Post a Comment