-

Wednesday 12 March 2014

Bila Bekalan Air Di Catu

Notis Catuan Air Peringkat Ke3 Di Selangor, Wilayah Persekutuan & Putrajaya

Dek kerana kemarau & jerebu banyak kawasan kena catu air, termasuklah kawasan perumahan saya. Emmmm…..lama pulak tuuu. Catuan air ini bemula pada pada 10 Mac 2014(Isnin) hingga 31 Mac 2014(Isnin). 



Bila baca The Star sabtu lepas, terus cari zon 1 atau 2 kawasan perumahan kami. Tengok2 terdapat di zon 2 bahagian Petaling. Ahad ke Giant untuk beli bekas2 air/baldi. Kelihatan dah banyak barang tersebut diangkut oleh orang lain dan dalam troli Giant tuu banyak betul pembeli mahu beli bekas2 air tersebut. Apa boleh buat terpaksalah beli box yang 4 segi besar yang bertutup tuu.

Siap beli yang ada roda lagi box tuu senang sikit nak tolak bila dah isi air yg berat itu. Ahad malam mintak Mukhriz isikan air dalam bekas2 yang baru dibeli dan guna masukkan dalam bekas tupperware yang sekian lama disimpan. Bila dah diisi air, turn Along pula angkut dan kemas. Banyak air perlu disimpan untuk stok 2 hari++.

Yang berwarna Oren = Tiada Air. Yang Berwarna Hijau=Ada Air.


Tempoh tiada air selama 55 jam. Dan air akan ada semula pada jam 4.00 petang. Tak sabar2 nak tunggu petang ni untuk bekalan air disambung disemula. Stok air semakin berkurangan dah ni, pakaian dah bertimbun tak berbasuh. Pingan mangkuk pun ada juga yang tak berbasuh.

No comments:

Post a Comment