-

Tuesday 6 November 2012

KARATE : Ujian Penukaran Tali Pinggang (Green Belt - Blue Belt)

4 Nov 2012 Ujian Penukaran Tali Pinggang KARATE

Jam 2.00 petang 4 Nov 2012 (ahad), Mukhriz ada ujian Karate. Ujian Karate tersebut diadakan di Komplek Belia, Puchong. Kami sampai awal kali ini,  jam 1.10 tengahari sudah sampai kerana kami dari Shah Alam. Hampir 3 bulan Mukhriz stop dari Karate iaitu sejak arwah adiknya Feqah kembali ke Rahmatullah. 

Kebiasaaannya arwah adiknya lah yang selalu teman Mukhriz ke sekolah untuk Karate ini. Dan arwah adiknya jugalah yang akan teman Mukhriz  sampai habis karate (sambil melompat sana melompat sini sepanjang nak tunggu Mukhriz habis karate).

Selepas arwah adiknya tiada di dunia ini, Mukhriz dah tak mahu ikuti Karate lagi. Kata Mukhriz "dah tak de feqah nak teman Mukhriz masa Karate".

Setelah 3 bulan stop Karate akhirnya Mukhriz dengan sendirinya mahu ikuti semula Karate dan Mukhriz yakin untuk ujian penukaran tali pinggang kali ini (green belt ke blue belt).

Mukhriz dipakaikan green belt sebelum masuk ke dewan ujian.

Peserta2 untuk Ujian Penukaran Tali Pinggang KARATE

10 Peserta Green Belt.

10 Peserta Green Belt yang telah mendapat Blue Belt. Mereka menunggu giliran untuk dapat sijil masing-masing

No comments:

Post a Comment