-

Tuesday 19 November 2013

Bila Cuti Sekolah Hujung Tahun


Bila tiba cuti sekolah hujung tahun, anak2 saya akan berada di kampung halaman. Mereka tak mahu ke taska/nursery. Kata mereka sangat2 membosankan bila berada di taska/nursery masa cuti sekolah. Ini kerana kawan2 di taska/nursery ramai dan bising.

Sabtu lepas, adik saya mahu pulang ke kampung. Maka, Mukhriz pulang bersama pakciknya dengan penerbangan pertama Firefly pada sabtu lepas. Atuk dan nenek menunggu kepulangan cucu yang akan menghiburkan mereka nanti.



Hanya Mukhriz saya yang pulang ke kampung buat masa ini. Along masih berada di KL kerana perlu membuat pendaftaran untuk Sekolah Menengah dan perlu membuat kad pengenalan. Along dah kesunyian tak de ada. Along asyik bertanya "bila Along boleh balik kampung". Sabar ya nak, selesai urusan Along nanti, kita pulang ke kampung. MAka terpaksalah Along ikut papa ke ofis setiap hari sementara menunggu hari pulang ke kampung halaman. Beginilah, perasaan saya setiap kali tiba cuti sekolah hujung tahun. Terpaksa berpisah dengan anak2 kerana anak2 tidak mahu ke taska/nursery.


No comments:

Post a Comment