-

Tuesday 11 February 2014

Bila Dapat Jemputan


Sabtu lepas, saya mendapat jemputan ke majlis perkhawinan anak jiran saya. Majlis bermula jam 11.30 pagi hingga 2.00 petang. Kami sampai di majlis tersebut jam 12.15. 

Tetamu yang hadir tak ramai lagi. Tak lama pun berada di sana kerana kami tak tahan bau-bauan perkahwinan itu. 

Hanya saya dan Mukhriz saya yang mengambil makanan. TAPI kami tidak mampu nak menelannya kerana makanan tersebut kerana rasanya yang betul2 masakan india. Masakan memang halal tapi rempah ratusnya ...wow.....tak leh diterima.

Memandangkan saya perlu ke airport petang itu, maka saya cepat2 jumpa keluarga pengantin dan pengantin untuk minta diri.

Beginilah adat berjiran. Bila dijemput tak pergi kan serba salah. Bila pergi macam tak sesuai pulak. Apa pun, menghadirikan diri di majlis tersebut sudah dapat mengembirakan hati keluarga yang menjemput.


Lukisan dari beras untuk pengantin

Dewan @ PJ

Lilin yang dibawa mengiringi pengantin

Makanan

Ada pertunjukan & tarian di pentas.

Tahniah buat pengantin

No comments:

Post a Comment