-

Friday 3 January 2014

Valet Service / Valet Parking @ The Gardens Mall


Kami sekeluarga sering ke Midvalley & The Garden Mall untuk makan2 ataupun shopping. Ini kerana tak jauh dari rumah kami. Kadang kala memang susah nak dapatkan parking. Bagi kami itu tak menjadi masalah kerana The Garden Mall menyediakan Valet Service / Valet Parking. Cuma bayaran agak mahal sedikit berbagai parking biasa.

1 January 2014(rabu), lepas zohor kami ke sana untuk membeli peralatan sekolah Along. Biasalah Along, kalau tanya, nak beg sekolah baru tak? nak pencil case baru tak? nak itu tak? nak ini tak? mesti dia kan jawab "pakai yang lamalah".Tapi bila dah nak sekolah baru ngada2 nak yang baru. Maka permintaan itu ditunaikan.

Kami selalunya ke shopping mall tak lama pun, pergi tempat yang nak. Pilih betul2 dengan syarat ikut budget yang telah ditetapkan. Anak2 saya memang akan tanya berapa budget yang di peruntukan untuk mereka. Kalau nak lebih2 mereka kena topup sendiri. Kebiasaan mereka akan pilih mengikut budget yang telah ditetapkan. Tahu sayang duit sendiri. 

The Garden Mall - Valet Service/ Valet Parking

The Garden Mall - Valet Parking. First 4 hours RM15 & every subsequent RM2.

Sudah dekat Maghrib. Kami mahu pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment