-

Monday 6 January 2014

3D2N-Ipoh,Perak

Entry tertunggak. Kisah bulan 12 yang lalu. 

25/12/2013 -27/12/2013 yang lalu kami sekeluarga ke Ipoh, Perak selama 3D2N. Percutian kali ini adalah percutian budget kami dimana kami bermalam di rumah adik perempuan saya di arae Ipoh dan kami ke Lost World of Tambun pada 26 dec 2013.

Harga Tiket Lost World of Tambun 2006.

Kami dah 3 kali ke Lost World of Tambun. Kali pertama pada 2006, harga tiket untuk kanak2 RM16 dan dewasa RM26. Masa ni saya pregnant arwah Feqah Insyirah. Dan ketika itu Along berumur 5 tahun, Mukhriz Setahun lebih.

2nd time ke Lost World of Tambun-2009.

2nd time pada tahun 2009. Ke sana sempena Father Day. Masa ni, arwah Feqah Insyirah tidak dikenakan tiket kerana ketinggiannya ngam2 90cm.

Harga Tiket Lost World of Tambun 2013.

3rd time adalah pada 26/12/ 2013. First time Along dah kena bayar tiket dewasa. Maklumlah dah masuk 12 tahun. 

Kami kesini pun last minute kerana anak2 sibuk bertanya "mama, papa kita tak gi mana2 ke cuti sekolah hujung tahun ni. Sebenarnya saya dah plan untuk ke Legoland buat kali ke 2, kerana nak bawa anak2 ke waterpark Legoland. Tapi dek kerana cuti yang tak berapa nak ada dan En.H pula busy terpaksa saya batalkan rancangan.

25/12/2013(rabu)- pepagi hari kami sekeluarga dah berada di ofis En.H untuk menemani En.H menguruskan kerjanya. Kami bertolak pada sebelah petang. Sebelah malam keluar makan di Batu Gajah.

Beli ONLINE tiket Lost World of Tambun.
 
26/12/2013(khamis)- jam 10.00 pagi kami dah berada di Lost World Of Tambun. Saya beli tiket online. Jimatlah sikit. Pukul 6 tutup. Pukul 6 lah kami keluar dari waterpark ini.
 
Tiket ke komuter ke ofis. Cuti kejap je. Janji anak2 boleh jejalan.

27/12/2013(jumaat)- jam 9.30pagi kami bertolak ke KL. Saya half day ari tuuu. Dan En.H pula ada urusan lepas solat jumaat. Anak2 seperti biasa akan berada di ofis papanya. Saya naik komuter dari Shah Alam ke Bank Negara dan alhamdulillah jam 1.58 tengahari saya sampai di ofis.

No comments:

Post a Comment