-

Monday 27 January 2014

Kasut Bola untuk Kokurikulum Sekolah

Beli kasut bola untuk kokurikulum sekolah

Dah lama Mukhriz nak kasut bola. Tapi saya tak kasi beli sebab bukan keperluan untuknya untuk ada beli kasut bola.

Tahun ni, Mukhriz perlu ada kasut bola untuk kokurikulum(koko) sekolah. Maka weekend lepas kami pun ke The Gardens, Midvalley dan Subang Parade. Pencarian kasut adidas F50 tidak berjaya kerana tiada saiz yang sesuai untuk Mukhriz. Mukhriz kecewa disitu. Pencarian terpaksa diteruskan memandangkan Mukhriz dah mula merajuk dalam kereta.

Last2 saya beritahu Mukhriz. Kita gi Shah Alam. Cari kat Al-Ikhsan. Kalau ada, kita beli. Kalau tak de juga, lain kali kita cari di One Utama.  Debaran Mukhriz untuk dapatkan kasut bola semakin terasa bila jalan jem di Federal Highway. Asyik-asyik tanya "lambat lagi ke mana nak sampai?"

Akhirnya sampai di Al-Ikhsan Seksyen 7. Cepat2 Mukhriz masuk dan menuju ke tempat kasut bola. Dan akhirnya misi mendapatkan kasut bola berjaya disini. Terasa lega sesangat bila ada sai. Tersenyum la Mukhriz bila dah dapat apa yang diimpikan.

No comments:

Post a Comment