-

Friday, 28 June 2013

Tonton Monster University 3D & Man of Stell 2D @ Paradigm Mall


Anak2 request nak tonton Monster University 3D dan Man of Stell. Maka saya pun book online tiket movie tersebut melalui website GSC pada pagi khamis  20 jun . Setiap tiket yang dibook akan dikenakan charge 50sen setiap satu tiket online movie. Saya telah book Monster University 3D untuk saya tonton bersama Mukhriz. Manakala Man of Stell 2D untuk EN.H dan Along. Saya memilih tarikh 22 jun (sabtu) untuk menonton movie tersebut di Paradigm Mall.



Saya pilih untuk tonton Monster University 3D jam 8.00 malam dan habis jam 9.45 malam. Manakala Man of Stell 2D jam 8.20 malam dan habis jam 10.45 malam. TETAPI ......dek kerana Mukhriz berada di hospital maka kedua2 movie tersebut ditonton oleh EN.H dan Along. 

Mukhriz merajuk abang dan papanya tak nak bawa dia tengok Movie.

Mereka ber2 menonton Monster University 3D dahulu sampai habis. Kuar dari menonton Monster University 3D. Mereka masuk semula untuk tonton  Man of Stell 2D. Hanya sejam mereka menonton Man of Stell 2D. Seronok la Along dua2 movie dia boleh tonton. Yang merajuk adalah Mukhriz......sangat2 tak puas hati dengan abangnya. Siap merajuk2 nak pegi juga, sedangkan dia berada di hospital. 

Tak pergi tgk macam rugi lak tiket yang telah di bayar, lagipun masa ni demam  Mukhriz masa ni dah reda. Demam Mukhriz turun naik diantara jam 2.00 pagi - 9.00 pagi sepanjang 6 hari di hospital. Lagipun jarak dari hospital ke Paradigm Mall hanya 15 minit sahaja. En.H dan Along akan datang bermalam di hospital jam 10.30 mlm++ selama 5 malam Mukhriz di hospital.

No comments:

Post a Comment