-

Friday 6 September 2013

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat - UPKK & PSRA

Semalam Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat di adakan untuk pelajar2 Sekolah Rendah Agama tempat anak2 saya belajar. Pendaftaran bermula jam 7.00 petang. Kami lewat sampai di sekolah dek kesesakan lalu lintas semasa pulang dari kerja petang semalam. Jam 7.23 kami sampai di sekolah dan kedengaran azan berkumandang. Ramai juga pelajar2 bersama keluarga mereka baru sampai. Bab nak parking sah2 jauh. Masing2 jalan laju2 agar sempat solat Maghrib berjemaah. Alhamdulilah, sempat.

Bulan September merupakan bulan yang mendebarkan bagi pelajar2 tahun 6. Ini kerana pada 10 September 2013 - 12 September 2013 mereka akan menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) . Manakala pada 23 September 2013 - 27 September 2013 mereka akan menduduki PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama).

Bagi pelajar2 tahun 5 mereka akan menduduki UPKK(Ujian Penilaian Kelas KAFA) pada 30 September 2013 – 04 Oktober 2013.
 


Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat - UPKK & PSRA

Pendaftaran
 
Suasana malam di Sekolah Rendah Agama

Sebahagian yang hadir pada solat Maghrib. Masih ramai yang hadir selepas solat Maghrib-Isyak dek kesesakan lalu lintas & baru pulang dari ofis.

Makanan yang disediakan untuk pelajar

No comments:

Post a Comment