-

Wednesday 4 September 2013

Makan2 Raya - Department

Minggu lepas(khamis) ada jamuan makan2 department saya yang terdiri dari 9 orang. Majlis makan2 tersebut bergabung dengan IT department seramai 5 orang. 2 department ini di ketuai oleh Miss L. 

Selain makan2, ada karaoke session dan tukar2 hadiah. Tukar2 hadiah ini sebagai kenang-kenangan antara kami kerana selepas ini kami akan berpecah kepada department yang yang berlainan walaupun dalam 1 tempat yang sama. 
 
Inilah kawan2 seperjuangan department saya. Terdiri dari 9 orang. Dan kami akan berpecah tak lama lagi.

Ini pula IT Department. 
Menu  pada hari tersebut.

Menu yang dihidangkan.

Sesi tukar2 hadiah sebagai kenangan. Hadiah dari saya bernombor 13. Hadiah tersebut diperolehi oleh Mira. Didalamnya terdapat sampul raya yang mengandungi duit raya...jeng..jeng...jeng(sikit je duit raya tu).
Sesi mengambil nombor tukar2 hadiah.

Boss kami Miss L( memegang gitar) memberi sehelai tudung kepada semua staf wanitanya. Terima kasih.
Bergambar beramai2 dengan hadiah masing2.

Dapat jam dinding hasil sesi tukar2 hadiah & tudung berwarna merah dari Miss L.

No comments:

Post a Comment