-

Tuesday 24 September 2013

Ke Wad Pediatrik - PCMC



Sabtu pagi lepas, kami mendapat call yang anak sedara kami iaitu Haikal di masukkan ke hospital Prince Court Medical Centre dek demam yang mencecah 40 celcius. Kami janji nak melawat sebelah malam kerana pagi tuu kami ada hal dan petang pula Mukhriz ada kelas Karate. Tapi .....dek kerana Mukhriz yang kepenatan malam itu. Kami tak dapat melawat Haikal pada malam tersebut.


Kata ibu dan papa Haikal, Haikal asyik tanya "Bila abang Mukhriz nak datang? Haikal nak main LEGO dengan abang Mukhriz". Ala sian dia. Tertunggu2 kami semata2 nak main LEGO dengan abang Mukhriz. Ibu dan papa Haikal suruh tido Haikal dulu, nanti abang Mukhriz datang, Haikal pun tidur. 

Bila bangun "tetap tanya lagi, mana abang Mukhriz ni". Itu lah kalau dah janji dengan budak2 ni. Mereka akan tuntut janji2 itu. Selagi tak dapat selagi itu akan bertanya. Sorry yaa Haikal, Abang Mukhriz penat malam tersebut sebab belajar step2 Karate untuk pertukaran tali pinggang Karate hari Ahad berikutnya.



Ahad tengahari, kami pun melawat Haikal. Bila dengar suara kami. Haikal beriya2 nak turun dari katil, terlupa yang tangannnya berwayar. Terus ajak Mukhriz main LEGO. Bila Along nak tolong buatkan Haikal tak kasi. Kata Haikal "Abang Hisyraf tak yah la main, abang Hisyraf dah besar".


Agak lama juga kami disana, sempat tengok rancangan NONA di TV3. Kami tak boleh lama2 sebab Mukriz ada penukaran tali pinggang Karate jam 5.30 petang. Haikal tak kasi Mukhriz balik. Katanya"Tinggal la abang Mukhriz kat sini, Haikal nak main dengan abang Mukhriz". Siap pegang tangan Mukhriz. Alahai sian Haikal. Haikal siap hantar lagi kami sampai ke pintu biliknya dan siap bye2 kami.


Hampir 3 jam juga kami di sini. Dapatlah menghilangkan bosan Haikal di Hospital. Setakat ini Haikal masih berada di Wad. Moga cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment