-

Monday, 26 August 2013

Sambutan Aidilfitri @ Sekolah Kebangsaan


 

Sabtu lepas merupakan Sekolah Ganti bagi Sekolah Kebangsaan. Pada hari tersebut di adakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Sambutan Hari Raya Aildiltri. Setiap pelajar perlu membawa kuih Raya & memakai pakaian Tradisional. Semua pelajar perlu hadir pada sesi pagi sahaja.



Pada mulanya saya sediakan biskut raya untuk anak2 bawa ke sekolah.TETAPI Along request bawa kuih. Sebab katanya "bayangkan mama, tahun 6 ada 320 murid, kalau semua bawa biskut raya. Ada 300++ biskut raya. Belum campur dengan pelajar2 tahun 1-5"

Maka saya pun order karipap frozen 100 biji untuk dibawa oleh 2 beradik ini. Pepagi hari mula mengoreng karipap sardin tersebut untuk dibawa ke sekolah. Saya isikan setiap kotak putih tersebut 50 biji karipap sardin.

Bagi Along, sekolah pada hari Sabtu tidak menjadi masalah. Ini kerana setiap sabtu, pelajar2 tahun 6 ada kelas tambahan. 

Bagi Mukhriz pula, bila Sabtu sekolah, macam2 alasan diberikan untuk tidak ke sekolah. Kenapa? Ini kerana Mukhriz takut mama & papanya pergi shopping masa anak2 ke sekolah. Emmm...sabar je la. Sebelum Mukhriz masuk ke sekolah siap pesan lagi "mama, jangan gi shopping tau, duk rumah je tau". Saya menjawab "mama tak gi mana2, sebab hari ini ada 4 open house yang perlu mama & papa bawa anak2".  Sempat saya snap gambar 2 beradik ini sebelum masuk ke kawasan sekolah.





Jam 12.15 ke sekolah kebangsaan untuk mengambil anak2. Kelihatan pelajar2 dah keluar pada masa itu. Sepatutnya jam 12.30 tghari. Kelihatan pelajar2  memakai baju raya yang warna warni. Masing2 dengan wajah ceria dan kekenyangan.

Selain kuih raya yang dibawa oleh pelajar2. Pihak guru2 juga menyediakan nasi, ayam masak merah,bihun dan air. Makanan terlalu banyak dibawa oleh pelajar2, guru2 membahagikan makanan2 yang banyak itu kepada pelajar2 untuk di bawa pulang. Along membawa pulang satu balang biskut tart nenas manakala Mukhriz membawa 1 paket kacang. 

No comments:

Post a Comment