-

Friday 23 August 2013

Redeem Bonuslink - Dapat Thermo Pot

Redeem Bonuslink - Dapat Thermo Pot

Sebelum Raya tengok catalog redemption bonuslink. Tengok punya tengok tergoda pula dengan barangan yang ditawarkan dari Katalog "Kitchen Essentials". Apa lagi terus hantar email redeem Morgan 5L Thermo Pot dengan 12,100 point. Maka dapatlah Thermo Pot free last week hasil redeem point dari bonuslink itu. Lama juga la nak mengumpul point2 ini untuk ditukarkan dengan hadiah. Saya mengumpul point bonuslink ini dengan mengisi minyak di Shell. 

Redeem pada 02 Ogos. Ingatkan penghantaran barangan tersebut lambat, TAPI cepat pula penghantarannya. Perkhidmatan City Link di gunakan untuk menghantar barangan ini. 

Penghantaran pertama adalah pada 7 Ogos(Rabu). Kami sudah berada di kampung menyambut Aidilfitri. Penghantaran ke 2 dibuat sekali lagi iaitu pada 13 Ogos(Selasa), masa ini kami dalam perjalanan dari kampung ke KL. Dan sebelum penghantaran ke 3, saya mendapat call dari pihak City Link untuk menghantar barangan ini sekali lagi pada 17 Ogos (Sabtu) sebelum jam 1 tengahari. Alhamdulilah, kami ada di rumah ketika itu. Dan penghantaran barang ini dapat diserahkan juga kepada saya.

2 comments:

  1. Ade bayaran tak mase dia hantar barang.. ?? 1st time redeem pointt.. xthu..

    ReplyDelete
  2. Ade bayaran tak mase dia hantar barang.. ?? 1st time redeem pointt.. xthu..

    ReplyDelete