-

Tuesday, 6 August 2013

BaliK Kampung Sempena Aidilfitri


Hari ini saya akan pulang ke kampung sempena menyambut Aidilfitri. Hari ini cuma kerja half day sahaja. Dari ofis saya akan menaiki Putra LRT sampai ke Stesen Putra, Gombak. En.H dan anak2 akan menunggu saya di sana. 

Seterusnya kami akan bertolak ke kampung halaman melalui Karak & Gua Musang dan akan berakhir di rumah keluarga En.H. Kebiasaan, perjalanan mengambil masa 7-8 jam. Harap2 hari ini tidak mengalami kesukaran sepanjang perjalaanan. 

Bila raya tiba, perasaan gembira pasti terasa bila dapat pulang ke kampung berjumpa ibubapa, sanak sedara. Ketika inilah dapat bertemu sedara mara dan saling ziarah menziarahi. 

Tahun ini merupakan kali ke 2 saya beraya tanpa anak yang bernama Arwah Feqah Insyirah. Pastinya perasa syahdu dan rindu menyelubungi kami.

Duhai anak yang bernama Feqah Insyirah "Tunggu mama,papa dan abang2 ya. Kami akan menziarahi pusaramu setiap hari sepanjang kami berada di kampung halaman." Ya Allah, berikan ketabahan dan kekuatan kepada kami sekeluarga untuk  mengharungi ujian ini. Hindarilah titisan air mata dari mengalir kerana sesungguhnya Arwah Feqah Insyirah telah berbahagia dan selesa di alam sana. 

Di saat orang lain bergembira di hari raya, kami berdiam diri merenungi IndahNYA pemberianMU. Terasa longlai kaki melangkah ke pusaramu duhai anakku. Satu perasaan yang sukar diucapkan dengan kata2. Disebalik kesukaran pasti ada kemudahan. Terima Kasih Ya Allah atas segala-galanya.

No comments:

Post a Comment