-

Tuesday, 11 June 2013

Mari Mewarna

Sabtu lepas, kami ke The Curve. Kami melalui kawasan Starbuck kerana kami mahu ke E-Curve. Mukhriz di pelawa oleh pihak penganjur untuk menyertai peraduan mari mewarna. Along  tak de masa ni sebab Along ada kursus Motivasi.

Peraduan mewarna ini bermula jam 1.00 tengahari. Dan tamat jam 3.00 petang.
Suasana event tersebut. Belon2 diikat dikerusi.

 Mukhriz tak sempat habiskan mewarna, kata Mukhriz dia penat. Aci tak macam tu, tadi dia yang beriya2 nak try peraduan ini.
Sementara menunggu Mukhriz mewarna, kami diberi penerangan oleh pihak pengajur. Kami dapat 2 goodies beg. Didalam goodies beg tersebut terdapat barangan2 di atas.
Seterusnya kami ke E-Curve atas urusan En.H . Selesai urusan tersebut, Mukhriz request nak tengok baju bola @ Adidas. Akhirnya Mukhriz memilih baju berwarna oren. Tersenyum gembira. Siap pesan "mama jangan bagitahu Along tau, Mukhriz beli baju". Iya2 pesan kat mama macam la Along tak tanya kalau dia pakai baju tu nanti.

No comments:

Post a Comment