-

Monday 17 June 2013

Menduduki Ujian Tilawah & Hafazan PSRA(Tahun 6) 2013

Ujian Tilawah & Hafazan PSRA 2013


Ujian Tilawah & Hafazan PSRA bermula dari 13 Jun 2013 (Khamis) dan akan berakhir pada 18 Jun 2013 (Selasa). Sepanjang tarikh ini  Para pelajar PSRA(tahun 6) akan bergilir2 datang ke sekolah untuk mejalani ujian ini mengikut angka giliran mereka. Manakala bagi pelajar PSRA(tahun 6) yang tidak terlibat menjalani ujian tersebut tidak perlu ke sekolah agama.



Maka hari ini 17 Jun 2013 (Isnin), giliran Along pula akan menduduki ujian Tilawah & Hafazan PSRA tersebut. Hari ini Along akan membaca 2 Surah Tilawah & Hafazan berdasarkan cabutan soalan yang dibuat oleh Along nanti. 

Debaran buat Along dan kami sekeluarga. Harapan kami moga Along mampu menjawab soalan Tilawah & Hafazan yang diberikan dengan tenang dan mendapat markah yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment