-

Sunday, 2 June 2013

Singgah @ Garden Lifestyle Cafe Mid Valley

Pagi tadi, lepas hantar Along ke Tuition, ajak En.H ke Midvalley. Bosan pula bila Mukhriz tak ada ni, Mukhriz sekarang ada kat kampung. Minggu lepas, saya balik kampung. Mukhriz request nak duk kampung sebab cuti sekolah. Along pula dah start Intensif tuition mulai Jun. Sunyi sepi rumah bila anak2 tak de ni. Maka saya dan En.H pun ke Midvalley ber2 sahaja.

Kami singgah lunch @ Garden Lifestyle Cafe. Lepak2 kat sini selepas cuci mata @ Midvalley. Suasana tenang bila makan kat sini. Decorationnya pun cantik. Makanannya pun sedap. Lepak2 & sembang2 di sini, ingat zaman2 muda mudi dulu bila ber2 ni. Sekali sekala best juga ber2 ni. Tapi dalam hati asyik duk ingat anak je, takut leka sembang terlewat ambil Along kat tuition. 

Singgah Sebentar @ Garden Lifestyle Cafe Mid Valley

Menu @ Garden Lifestyle Cafe

Nasi Kerabu(RM18.90) dan Asam Laksa(RM15.90) menjadi pilihan kami.
Sambal Nasi Kerabu ni best.
 Besar & banyak asam laksa ni.

Apple Juice(RM10.90) & Carrot Juice(RM10.90) pilihan kami.

No comments:

Post a Comment