-

Monday, 6 January 2014

3D2N-Ipoh,Perak

Entry tertunggak. Kisah bulan 12 yang lalu. 

25/12/2013 -27/12/2013 yang lalu kami sekeluarga ke Ipoh, Perak selama 3D2N. Percutian kali ini adalah percutian budget kami dimana kami bermalam di rumah adik perempuan saya di arae Ipoh dan kami ke Lost World of Tambun pada 26 dec 2013.

Harga Tiket Lost World of Tambun 2006.

Kami dah 3 kali ke Lost World of Tambun. Kali pertama pada 2006, harga tiket untuk kanak2 RM16 dan dewasa RM26. Masa ni saya pregnant arwah Feqah Insyirah. Dan ketika itu Along berumur 5 tahun, Mukhriz Setahun lebih.

2nd time ke Lost World of Tambun-2009.

2nd time pada tahun 2009. Ke sana sempena Father Day. Masa ni, arwah Feqah Insyirah tidak dikenakan tiket kerana ketinggiannya ngam2 90cm.

Harga Tiket Lost World of Tambun 2013.

3rd time adalah pada 26/12/ 2013. First time Along dah kena bayar tiket dewasa. Maklumlah dah masuk 12 tahun. 

Kami kesini pun last minute kerana anak2 sibuk bertanya "mama, papa kita tak gi mana2 ke cuti sekolah hujung tahun ni. Sebenarnya saya dah plan untuk ke Legoland buat kali ke 2, kerana nak bawa anak2 ke waterpark Legoland. Tapi dek kerana cuti yang tak berapa nak ada dan En.H pula busy terpaksa saya batalkan rancangan.

25/12/2013(rabu)- pepagi hari kami sekeluarga dah berada di ofis En.H untuk menemani En.H menguruskan kerjanya. Kami bertolak pada sebelah petang. Sebelah malam keluar makan di Batu Gajah.

Beli ONLINE tiket Lost World of Tambun.
 
26/12/2013(khamis)- jam 10.00 pagi kami dah berada di Lost World Of Tambun. Saya beli tiket online. Jimatlah sikit. Pukul 6 tutup. Pukul 6 lah kami keluar dari waterpark ini.
 
Tiket ke komuter ke ofis. Cuti kejap je. Janji anak2 boleh jejalan.

27/12/2013(jumaat)- jam 9.30pagi kami bertolak ke KL. Saya half day ari tuuu. Dan En.H pula ada urusan lepas solat jumaat. Anak2 seperti biasa akan berada di ofis papanya. Saya naik komuter dari Shah Alam ke Bank Negara dan alhamdulillah jam 1.58 tengahari saya sampai di ofis.

Baju KARATE dah tak muat



4 jan 2014 - sabtu petang Mukhriz start latihan KARATE untuk sesi 2014. Pakaian Karate Mukhriz dah ketat, seluar Karate dah tak muat nak pakai. Tapi Baju karate masih boleh dipakai. Terpakai la Mukhriz memakai baju karate bersama seluar trek. 
 
Kebiasaannya setiap kali permulaan sekolah pasti tak ramai yang datang latihan Karate, febuary baru lelain datang. Maklumlah semua hal2 persekolahan perlu dibayar pada bulan January.
 
Memandangkan pakaian dah ketat, maka kenalah beli yang baru. Sepasang pakaian Karate berharga RM115.00. Masa memula start Karate, complete set Karate berharga RM185.00, itu termasuk sepasang pakaian berserta kelengkapan lain.  Mukhriz bersemangat untuk menghabiskan belt coklat, ada satu lagi pertandingan coklat 1 untuk diduduki. Lepas ini akan menjalani pertandingan2 untuk mendapat Black Belt. 




Yuran untuk tahun ini juga masih RM40 per month, sama seperti tahun 2013. Masa 2012 yuran cuma RM30.

Friday, 3 January 2014

Valet Service / Valet Parking @ The Gardens Mall


Kami sekeluarga sering ke Midvalley & The Garden Mall untuk makan2 ataupun shopping. Ini kerana tak jauh dari rumah kami. Kadang kala memang susah nak dapatkan parking. Bagi kami itu tak menjadi masalah kerana The Garden Mall menyediakan Valet Service / Valet Parking. Cuma bayaran agak mahal sedikit berbagai parking biasa.

1 January 2014(rabu), lepas zohor kami ke sana untuk membeli peralatan sekolah Along. Biasalah Along, kalau tanya, nak beg sekolah baru tak? nak pencil case baru tak? nak itu tak? nak ini tak? mesti dia kan jawab "pakai yang lamalah".Tapi bila dah nak sekolah baru ngada2 nak yang baru. Maka permintaan itu ditunaikan.

Kami selalunya ke shopping mall tak lama pun, pergi tempat yang nak. Pilih betul2 dengan syarat ikut budget yang telah ditetapkan. Anak2 saya memang akan tanya berapa budget yang di peruntukan untuk mereka. Kalau nak lebih2 mereka kena topup sendiri. Kebiasaan mereka akan pilih mengikut budget yang telah ditetapkan. Tahu sayang duit sendiri. 

The Garden Mall - Valet Service/ Valet Parking

The Garden Mall - Valet Parking. First 4 hours RM15 & every subsequent RM2.

Sudah dekat Maghrib. Kami mahu pulang ke rumah.

Thursday, 2 January 2014

Andainya kau masih ada

Image google

Andainya kau masih ada anakku (arwah Feqah Insyirah)
Pastinya dirimu melangkah ke Sekolah Kebangsaan & Sekolah Agama
Pastinya satu pengalaman baru bagimu anakku
TAPI
Semua itu hanyalah mimpi dan tak mungkin ianya tercapai

Andainya kau masih ada nak,

Pasti mama sudah tidak berkerja lagi disaat ini
Pasti mama yang akan mengurusmu
TAPI
Allah lebih menyayangimu

Andainya kau masih ada nak,
Pasti suasana rumah semakin meriah
Pasti semua anak2 mama&papa dah bersekolah
TAPI
Semua itu tinggal kenangan, kerinduan terhadapmu terpahat dalam sanubari 


Duhai anakku, PASTINYA dirimu terlalu bahagia di alam sana.