-

Tuesday, 10 January 2012

Malaysia Food Fair 2012


Malaysia Food Fair 2012 kat Exhibition Centre MidValley 6-7 Jan yang lalu. Mempamerkan produk2 makanan.
Cute dari segi saiznya dan sesuai untuk diletakkan diruang yang kecil
(letak dlm bilik ...senang nak buat susu untuk si kecil)
Antara yang menariki perhatian saya ialah SPRITZER MINI DISPENSE. Sale person yang incharge sanggup nak antar terus ke kereta kalau beli SPRITZER ni. Memandangkan kami parking di The Garden maka kami abaikan dulu niat nak beli. Rega dah tau nanti boleh la diservey2 di tempat lain.

Tiga perisa momentum coklat
Momentum coklat juga menarik perhatian saya. Sebelum ni, saya pernah terbaca dlm akhbar tentang energy coklat ini (momentum coklat). Bila terpandang terus tanya itu ini. Terdapat tiga perisa iaitu bebas gula, coklat gelap dan regular. Tak kan tanya je kan, mesti beli juga. Katanya 1 bahagian dr bar coklat tuu boleh tahan lapar 2 jam. Betulkah? Sesuai untuk diet. Diet sgt la saya nii.Alang2 dah beli saya pun ambik la 2,3 keping gbr.



Masa dah habih tinjau2, kami pun kuar dari Hall 2. Hall 1 ada pameran Wedding. Sekadar jeling saje. Ada kaunter lucky draw , try gak mengisi borang tersebut.



Paling takut kalau gi MIdVAlley bila lalu depan butik BARBIE ni. Habih la pink colour Feqah nak Macam-macam permintaan nanti ini.  Butik ni berhapan dengan Exhibiton Centre lak tuu.Cepat2 ajak Feqah turun.

Feqah membawa hasil belian dr pameran tersebut. Semua barang ada dlm beg dr Pembelian WISE.

Monday, 9 January 2012

KL Sogo’s 18th Birthday Sale Preview



Sogo member day card pada 6 dan 7 Jan 2012. Saya telah ke sana pada lunch time bersama ofismate. Pergi untuk scan2 barang apa yang perlu dibeli. Memandangkan tak cukup masa lunch tu. Saya dan officemate(Pn.Azlina) tadi telah berjanji untuk pergi kali ke 2 balik keje. Jam 6 petang terus tergesa-gesa ke sogo.

Misi mencari barang diteruskan. Kami berpecah. Kami membawa hala masing-masing. Saya telah menamatkan misi pencarian dengan masa yang singkat je. Tengok jam baru 7.40 malam.Saya terus ke tingkat 7 untuk redeem voucher. Setiap pembelian RM100 dapat RM10.

Agak ramai yang menunggu giliran.

Ambik masa dalam 10 minit gak untuk menunggu giliran. Menunggu dengan penuh kesabaran. 

Inilah kaunter voucher yang ditunggu-tunggu

Voucher yang ditunggu2.
Jam baru 7.50. Dah dapat voucher. Terus rasa lapar. Terus ke LG makan nasi lemak dengan Teh O ais. Habis makan terus sms ofismate tanya dah habih shopping ke tidak. Kami janji nak balik pukul 8.30 dengan LRT ke Sri Petaling. Sementara menunggu ofismate, sempat lagi singgah di Dunkin Donut.

Donut untuk Mukhriz


Donut yang ada colour pink ni untuk Feqah. Girl kan suka pink.
Buy 5 free 1 menjadi pilihan saya.
Jam 8.30 kami berdua pun bergerak ke LRT. Masing-masing sms hubby masing2 untuk ambik mak-mak yang baru habih shopping. Jam 9.05 sampai la kami ke Sri Petaling. Anak2 dan EN H dah menunggu.

Dunkin Donut box bertemakan Tahun Baru Cina
Gelagat Feqah tengah mengutip manik-manik.
Tak sabar2 nak makan. Dalam kete terus dingapnya.

Friday, 6 January 2012

Hari Pertama Ke Sekolah Agama


 
Hari pertama Mukhriz di Sekolah Agama

Mukhriz memilih tempat di barisan depan menghadap ustazah. Ustazah Intan cikgu kelas Mukhriz. Sebelahnya adalah Angah kawan satu tadika dan satu nursery. Pot pet pot pet mereka duk sembang. Lum apa2 lagi Angah dah tak bersongkok. Tengok gelagat kawan belakang mukhriz. Kejap-kejap betulkan songkok. Seronok tengok gelagat2 mereka ni.

Mama : Best tak sekolah agama?
Mukhriz: Mesti lah best Mama. Dapat ramai kawan.( dengan nada yang beriya2)
Mukhriz menyambung cerita lagi.
Mukhriz:Mama nak tau tak? Mukhriz dah tak duduk sebelah dengan Angah dah.
Mama: Kenapa? (dlm ati seorang ibu dah terbayang mesti anakku terlalu byk cakap)
Mukhriz: Aah Mama, Mukhriz dgn Angah asyik cakap dan gurau2 kata ustazah.
Begitulah telatah mukhriz di hari pertama persekolahan. Terover excited.

Thursday, 5 January 2012

Sesi Persekolahan 2012



04 Jan 2012,bermulanya sesi persekolahan. Macam2 persediaan perlu disediakan. Sebagai seorang ibu, semestinya mahu yang terbaik untuk pendidikan anak2.Tahun ini, Hisyraf dah masuk tahun 5. Hisyraf akan menduduki satu exam penting untuk sekolah rendah agama. Untuk Hisyraf buatlah setakat mana termampu. Mama dan papa akan sentiasa memberi dorongan.

Akhirnya 2012 membawa satu perubahan baru untuk Mukhriz. Tahun ini juga mukhriz dah masuk tahun 1. Dia agak teruja untuk ke sekolah agama dan sek kebangsaan setelah 3 tahun belajar di tadika yang sama (tadika4-6thn). Mukhriz seorang yang sangat berdikari. Alhamdulilah dia tidak menghadapi sebarang masalah ke sekolah. Sesi pagi mukhriz akan ke sekolah agama dan sebelah petang pula ke sekolah kebangsaan. Berlainan dengan dengan along, along ke sek kebangsaan sesi pagi dan sek agama sesi petang.
Kini, Feqah dah masuk tadika 5 tahun. Agak sedih juga bagi Feqah kerana terpaksa berpisah dengan abangnya(mukhriz). Tahun lepas mereka ke tadika ber2. 2011( Mukhriz tadika 6 tahun dan Feqah tadika 4 tahun). 2012 Feqah dah keseorangan ke tadika.