-

Tuesday, 2 February 2016

Limau! Limau!


Kalau musim Chinese  New Year, limau mandarin memang famous je. Mana2 tempat ada dijual. Petang semalam, ada orang tekan loceng rumah kami. Takut oooo nak bukak pintu, memang tak kenal sapa yang tekan loceng. Lama gak loceng rumah berbunyi. Saya tanya sapa tuuu? Nak apa? 

Jawapan yang saya dengar, kami nak hantar Limau, tauke kontraktor kami suruh hantarkan kotak limau ni kat rumah puan.

OOooo...hantar limau rupanya. Nak keluar ambil kena tukar baju lengan panjang & pakai tudung dulu. Jadi saya pun jawap la, letak je kotak limau tuu atas batu pagar tu, nanti saya ambil. Mereka pun letak la kotak limau tu atas batu pagar.

Mereka siap pesan lagi. Nanti ambil kotak limau ni. Saya jawap ya ya nanti saya ambil.

Sebelum makan,  basuh bersih2 dulu limau dan masukkan dalam peti ais. Makan limau ni sejuk2 bestnya.

No comments:

Post a comment