-

Friday 29 January 2016

Lama tak gi IKEA



Ikea Oh Ikea. Lama betul tak pergi Ikea. Kenapa lama tak pergi ya? Sebabnya kalau gi Ikea selalu ramai sangat. Sekarang dah ada Ikea Damansara & Ikea Cheras, jadi pengunjung boleh pilih mana2 Ikea yang mereka suka. Saya tetap memilih Ikea Damansara kerana dekat dengan rumah. 



Kalau gi Ikea tak pekena Meatball dan Salmon memang tak sah. Memandangkan tak ramai sangat orang masa kami ke sana,  maka dapatlah kami menikmati hidangan Meatball, Salmon, Chicken Wing & Muffin Coklat dari Ikea yang sekian lama tak makan. Yummy yummy.

Setelah selesai makan, jom kita jalan2 di The Curve dulu. Habis tinjau sana sini di The Curve, kami ke Ikea semula untuk membeli barang.


Ini lah barang yang kami cari iaitu, kerusi untuk baby Muayyad. Dah ada kera rumahusi ni senang sikit nak basuh pinggah dan masak. Letak baby Muayyad dalam baru senang nak buat kerja rumah. 

Masa kami pergi hari tu, ok je, tak ramai orang sangat. Macam tak caya lak. Seronok la kalau macam ni, boleh datang lagi. 

No comments:

Post a Comment