-

Wednesday 10 February 2016

Dapat LEGO percuma


2 minggu lepas ke Setia City Mall. Mukhriz kalau ke Mall ni pasti akan ke kedai LEGO ni. Nampak iklan di atas. Apa lagi, jom join aktiviti ni. Masa ni jam 3.45 petang. 



Hanya 20 peserta sahaja untuk setiap sesi. Peserta mestilah berumur 5 tahun-12 tahun sahaja. Masa isi borang, Mukhriz menjadi peserta yang ke 10. Ini kali pertama Mukhriz sertai aktiviti mendapatkan LEGO percuma.


Jam 4.00 petang masing2 diberikan 1 bekas LEGO, Mereka perlu menyiapkan LEGO tersebut. Dan LEGO yang dah siap boleh dibawa pulang ke rumah.


Setiap peserta tekun membina LEGO yang diberikan.


Inilah LEGO yang dibawa pulang. Rupa-rupanya, setiap hari bulan terdapat 1 bentuk LEGO diberikan percuma. Lego diatas adalah LEGO untuk Januari 2016. 

Untuk menyertainya boleh la ke Kedai LEGO @ Setia City Mall. Aktiviti ini diadakan setiap sabtu jam 12tghari, 2 ptg, 4 ptg, 6ptg & 8 malam. Hanya 20 peserta setiap sesi.

Selain kedai LEGO di Setia City Mall, anda juga boleh join aktiviti ini di kedai LEGO yang terdapat di The Curve.

No comments:

Post a Comment