-

Wednesday 27 January 2016

Entry Pertama Untuk 2016




2 bulan tak update blog, Last update 28 Nov 2015. Hari ni dah 27 Jan 2016. Banyak cerita nak diupdate dalam blog ni tapi asyik sibuk je. 

Tahun ni(2016), Along akan menduduki PT3. Kenalah membusykan diri untuk urusan tuition Along(hantar & ambil tuition) dan membantunya dalam urusan pembelajarannya. Kena tolong support dia belajar. Jika dibiarkan, asyik duk main games & hphone je la. 

Mukhriz pula dah tahun 5, ada exam UPKK nanti. Tahun depan ada exam tahun 6 & PSRA pula. Jadi tahun ni dah diselitkan tuition untuknya. Alang2 dah hantar Along tuition terus hantar Mukhriz juga. Saya hantar anak2 tuition di rumah cikgu2 mereka bukan pusat tuition. Jadi jika ada format baru senang cikgu bagitahu terus pada kami. Gigih hantar ambil anak tuition, kadang kala silap lorong nak gi rumah cikgu tuition terlupa mana lorong tuition untuk Aong mana tuition Mukhriz sebab kawasan cikgu2 tersebut area berdekatan.

Baby Muayyad dah 6 bulan lebih. Kini semakin membesar dan semakin lasak. Dah pandai merangkak dan asyik duk explore rumah. Yang paling mencabar bila tak mahu duk diam dalam car seat semasa hantar dan ambil abang2 di sekolah.

No comments:

Post a Comment