-

Monday 14 September 2015

Kawan Lama


Weekend lepas, saya ke Tabung Haji, Kelana Jaya untuk jumpa kawan yang akan berangkat ke tanah suci. Hampir 20 tahun tak jumpa kawan saya ni. Last jumpa masa sama-sama nak masuk Universiti. Lepas tu dah tak jumpa-jumpa dah. Maklumlah masing2 dengan hal tersendiri.

Bila dah ada Wassup Group ni, masing2 bertanya khabar. Bila dapat tahu yang kawan saya akan menunaikan haji, maka saya pun catat tarikh untuk berjumpanya. 

Saya sampai di Tabung Haji, Kelana Jaya jam 8.00 malam.   Ramai pengunjung dan bakal jemaah haji di sana. Saya call kawan saya, tapi tak dapat. Berkali2 call, tak dapat dihubungi. Line tepon pun tengelam timbul dah.

Macam2 perasaan ada masa tu. Mana nak cari kawan saya ni. Dah la lama tak jumpa, tertanya2  kat mana dia ?  Pengunjung memang ramai, saya cari sana cari sini. Kesian baby Muaayad kepanasan. Hampir 20 minit juga ke sana ke mari. Hampir putus asa, bukan cepat mengalah tapi fikir kesian baby Muayyad yang kepanasan dan berembun je. 

Saya try call lagi, akhirnya dapat. Happy sangat2.  Alhamdulillah, dapat berjumpa dengannya setelah hampir 20 tahun tidak jumpanya. Didoakan agar kawan saya dipermudahkan urusan sepanjang menjalani ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. 

No comments:

Post a Comment