-

Friday 11 September 2015

Beli Tulisan Khat


Dah lama saya berkenan tulisan khat dari jauhari.com.my ni. Mulalah berangan-angan nak membelinya. Impian untuk membelinya tercapai bila saya ke Pameran Home Renovation yang diadakan di Midvalley 2 tahun lepas. Saya tempah tulisan khat ni pada 2 jun 2013, iaitu 2 tahun lepas. 

Saya tempah tulisan khat ni pada 2013 tu kerana konon-kononnya nak pindah ke Shah Alam awal 2014. Tapi dek kerana sebab2 tertentu dan sayang nak tinggalkan rumah di Bandar Kinrara maka tulisan khat ni akhirnya di pasang di rumah Shah Alam pada Ogos 2015. 

2 tahun lebih saya buat tempahan tulisan khat dengan hanya membuat bayaran deposit RM500. Bakinya RM1000++ dibayar sebelum pemasangan dibuat. Ni harga 2013 tau, harga sekarang mesti dah naik.

Memang puas hati dengan hasil tulisan khat dari Jauhari ni. Saya memilih Ayat Kursi berukuran 56 " X 25" berframe putih, berbackground hitam dengan tulisan putih. Akhirnya angan2 untuk memiliki tulisan khat ni menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment